Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Sunday 5 June 2011

SolaT TiaNG AgAmA....

solat 5 waktu sehari semalam...wajib bagi ummat islam...ramai muslim yg sedar akan hal ini namun masih eggan mengerjakan solat dengan sempurna. Masih lagi cuai dalam menunaikan ibadah solat. Tidakkah mereka sedar? Solat itu tiang agama? Jika sebuah rumah tanpa tiang, apa yang akan berlaku ? Adakah rumah itu akan tetap utuh berdiri ? Pastinya akan tumbang, habis punah semuanya...Alamkah sedihnya si pembina rumah itu, jika melihat rumah yang selama ini dibina bersusah-payah runtuh begitu saja....
Kalau dulu, awal2 nye,,solat sebanyak 55 waktu. Kemudian dikurangkan lagi kepada 5 waktu. Nabi Muhammad S.A.W. hingga rasa malu pada Allah SWT kerana asyik merayu agar dikurangkan bilangan waktu solat tersebut,,hinggalah kurang kepada 5 waktu saja..tapi itu pun masih juga tak mampu dilakukan dengan sempurna. Mengapa ? Tidakkah kita sedar akan pentingnya solat ? Atau kita hanya berpura-pura tidak ambil tahu akan pentingnya ibadah fardhu ain ini ?
Melalui blog ini,,mari kite renungkan bersame2,,12 azab bagi mereka yang meninggalkan solat. Sekadar untuk keinsafan bersama.

3 AZAB SEMASA DI DUNIA :
1. Allah akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap usahanya.
2. Allah akan mencabut nur org2 mukmin daripadanya.
3. Dia akan dibenci oleh org2 yg beriman.

3 AZAB SEMASA HENDAK MATI
1. Roh dicabut ketika dia berada dalam keadaan yang kehausan walau dia telah meminum air selautan.
2. Merasa kepedihan yg teramat sgt ketika roh dicabut.
3. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

3 AZAB KETIKA DALAM KUBUR
1. Merasa sukar untuk menjawab pertanyaan Munkar dan Nakir yang menggerunkan
2. Kuburnya menjadi gelap gelita
3. Kuburnya menghimpit jasadnya sehingga tulang rusuk sebelah kanan bertemu dengan tulang rusuk sebelah kiri.

3 AZAB SEMASA HARI KIAMAT
1. Hisab keatasnya menjadi sangat berat.
2. Allah sangat murka kepadanya
3. Allah akan menyiksanya dengan api neraka

Begitulah 12 azab yang akan diterima oleh orang yang meninggalkan solat...Nauzubillah Hi Minzalim...Semoga  Kite semua terhindar daripada azab2 ini....

Dari itu,,bertaubatlah...

Dirikanlah solat...

" Bersembahyanglah kita sebelum kita disembahyangkan....."

No comments:

Post a Comment