Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Friday 16 August 2013

EMAK..... :')

Assalammualaikum semua... apa kaba? hee... lama dah fida tak update blog fida ni.. hope semua yang membaca sihat2 je ye..

Alhamdulillah... ramadhan dah selamat melabuhkan tirainya... syukur... dan syawal menghampiri kita.. dan kian melambai-lambaikan tangan juga.. tinggal lagi seminggu dua lagi tamatlah jengukan syawal untuk kita semua..

Raya tahun ni macam biasa, beraya bersama keluarga tercinta, abah, bang long, adik2 (umi dan fitri).. pagi raya, salam abah, tersentuh hati ini bila tengok wajah abah yang kian dimamah usia.. saban hari bekerja keras untuk membesarkan kami adik beradik...

abang long pulak, segak bergaya dengan baju melayu hitamnya... tepat dengan tema tahun ni.. hitam.. :)

umi dan fitri, kenakalan kamoo berdua kadang2 menguji kesabaran.. tapi ketiadaan kamoo berdua membuatkan akak sunyi sangat...

aku pulak, tambah, tema purple.. sje je.. suka2... dalam diam, hati ni sedih juga, bila kenangkan arwah mak yang telah pergi berjumpa Ilahi...

update fida kali ni nak cerita tentang seorang insan yang bergelar EMAK...

kadang2, fida ada dengar,,, ada terbaca,,, segelintir hamba Allah yang mengeluh dalam menjaga emaknya... apabila si emak membebel marahkannya... fida hanya mampu tersenyum.. dalam hati, doa mudahan hamba Allah itu deberikan hidayah Allah...

kawan2 semua... sedarkah kita semua, seorang ibu itu telah bersusah payah mengandungkan kita selama lebih kurang 9 bulan 10 hari ? cuba kamoo semua letakkan bantal di perut yang beratnya lebih kurang 3 kg, kemudian kamu bawa berjalan kesana kemari... pasti lenguh kan ? tak cukup dengan pantang larang nya, ditambah pula dengan kesan sampingan kepada kesihatan si ibu... tendangan kakimu saat di dalam kandungan.. pasti memilukan bukan ? ALLAH HU AKBAR... :')

11 tahun bagaikan cepatnya masa berlalu... arwah mak Fida pergi kerana Allah sayang dia... ye, Allah sayang dia sangat2.. kan ? hee... :'(... sejujurnya.. fida akui, arwah memang seorang yang cukup tegas.. garang pun ye.. didikan agama sentiasa ditekankan... mengenal apa itu alif...ba...ta...sa.... hingga lah khatam Al-Quran... mengenal A, B, C... hingga lah petah mengarang karanagan novel dan cerpen... mengenal 1, 2, 3... hingga petah mencungak dalam mengira bilangan....

Rotannya tak pernah tinggal... sebulan, 2 gulung rotan buluh disediakan untuk merotan anak2 nya.. tapi kami memang nakal, hari2 kami memang minta untuk dirotan... teringat satu pepatah melayu... sayang anak di tangan-tangankan... tapi arwah x pernah memukul kami dengan tangannya... tak pernah menampar apatahlagi menempeleng kami... bila kami nakal, rotan diambilnya..dirotan di tapak kaki hingga ke betis... sikit pun tak terkena badan... aku sering fikir kenapa ye? dan hari ini, saat dewasa ini, seorang cendekiawan, menyatakan, untuk merotan anak, rotan pada tapak kakinya.. kerana ianya akan membantu perkembangan saraf otak, dan menjadikan anak tersebut bijak akalnya.. dan jangan sesekali pukul anak pada muka, kepala, apatah lagi menarik telinganya.. kerana ianya hanya akan menjadikan anak itu bertambah nakal dan x mendengar kata... kata2 cendekiawan itu membuatkan aku berfikir lagi.. fikir.. dan fikir lah... al-maklumlah... Critical Thinking lah katakan... hee... memeng betul... 100% betul... alhamdulillah... syukur dalam hati dirotan arwah... rasa mahu minta rotannya lagi...

kadang2 si emak, membebel tak sudah, marah akan anaknya yang nakal, setiap pendekatan emak, berbeza.. ada yang nasihat guna cara lembut.. ada yang sedikit kasar.. tapi ketahuilah.. marah mereka kerana mereka sayangkan kita.. mereka mahu kita jadi seorang yang berguna...

kawan2.. jangan pernah mengeluh... jangan pernah mendesah.. saat mak kita bebelkan kita... katupkan bibirmu.. diamkan diri saja... itu ada lah lebih baik...

kalau kita hilang handphone canggih, mahal, kita mampu gantinya.. kita mampu kumpul duit berbulan-bulan untuk membelinya...

TAPI...

jika hilangnya kasih seorang ibu itu... apa kah yang mampu dijadikan pengganti ? adakah bisa diganti dengan emas perak ? adakah bisa diganti dengan rumah dan kereta mewah... takkan mampu.. takkan sama nilainya dengan kasih sayang mak kita....

kamu pasti merindui suara tuanya jika kamu telah kehilangannya... hormati dia.. doakan dia.. sayangi dia.. lindungi dia... bantu mereka... bahagiakan mereka.. in shaa Allah... redha ibu bapa terhadap anaknya ialah redha Allah... takkan dapat keberkatan dan keredhaan Allah jika tiadanya keredhaan  daripada ibu bapa kita... fikirkan teman-temanku... mereka umpama permata yang mahal, tiada gantinya... ALLAH HU AKBAR :')

EMAK kita itu pinjaman dari Allah, bila2 saja akan diambilnya semula.. jadi, hargainya sebelum tiba masa Allah mengambilnya kembali kerana semuanya telah tertulis...

Mari dengarkan lagu ini... sambil menyanyi,, panjatkan doa dan keinsafan dalam hati kita.. semoga kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah.. in shaa Allah... Aamiin ya Allah... :)




sampai di sini saja entry fida buat kali ini... kawan2... minta sama2 sedekahkan al-fatihah buat emak masing-masing, tak kira masih hidup ataupun telah pergi ye.. fida pun sama ni.. hee... al-fatihah....

ok kawan2, fida minta maaf kalau entry fida kali ni ada menyinggung perasaan mana2 pihak... sekadar perkongsian bersama... untuk muhasabah diri bersama...

ingin sekali jeritkan ... SAYA SAYANG EMAK SAYA !!!! TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA PINJAMKAN EMAK KEPADA SAYA.... ALHAMDULILLAH.... :')

sekian.... coretan ringkas dari si penulis comot... ;) jika panjang umur... kita berwarkah lagi ye... ASSALAMMUALAIKUM WARAHMATULLAH HI WABAROKATU..... :)

Salam ukhuwah...
Feda_penulis comot

Saturday 25 May 2013

Tanda2 kematian.....

Assalammualaikum... kawan2.... alhamdulillah... masih lagi Allah beri nafas pada fyda untuk terus menulis blog fyda ni... entry kali ni tentang kematian... kebetulan.. siang td... rasa experience hampir2 accident... jadi .. rasa terpanggil untuk memberi kesedaran pada diri dan kawan2 tentang kematian...

kawan2... bila kita akan mati ? tahu ke ? esok ? lusa ? nanti ke ? kita semua tak tahu,,, tapi selalunya Allah akan berikan tanda2 kematian ... agar kita selalu beringat... 

bila baca ni semua.,.. buatkan fyda berpeluh2....

ayuh baca,,, ye.. semoga bermanfaat pada kita semua... 

menitis air mata fyda baca ini semua... 

TANDA 100 HARI SEBELUM MATI!!!!!  

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! BACALAH DENGAN TELITI!!!
 
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. 
 
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. 
 
TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah SWT. 
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. 
 
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. 
 
TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
 
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. 
 
TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 

oleh itu... mari kita sama2 insaf... kematian itu tidak tahu entah bila akan menjemput kita.,.. yang penting kematian itu bagaikan bayang2 yang sentiasa mengikuti kita... jadi insaflah kawan... mari kumpul dana akhirat...

fyda minta maaf kalau ada salah silap pada kawan2, teman2 yang mengenali diri ini... 0-0 lah ye... :')

sampai sini je entry fyda kali ye... Assalammualaikum.... :')

Tuesday 29 January 2013

SAHABAT....

Assalammualaikum.... sahabat2 sekalian... Alhamdulillah... Allah berikan fida kelapangan masa, kesihatan fizikal dan mental untuk melakar lagi nukilan simple di blog fida ni. untuk perkongsian ilmu bersama-sama rakan...

Alhamdulillah... entry kali ni, fida nak sentuh sikit tentang sahabat...

Fida yakin, semua orang ada kawan, kan ? betul tak ? kalau ada, angkat tangan cepat, fida nak kira, ramai ke tak,, hee...

sahabat ni, umpama lilin yang membakar diri. walaupun terbakar, tetap memberikan cahaya. tetap berusaha untuk menerangkan yang gelap. walaupun dirinya habis terbakar.

ramai antara kita tak sedar, erti sebenar SAHABAT. bila ditanya apa itu sahabat, kita akan kata, kawan. teman. orang yang ada bila kita susah dan senang. semua tu betul, tapi kurang tepat.

sahabat sebenar ialah orang yang tak pernah malu untuk mengaku kita kawan. walau dalam apa situasi sekalipun. sahabat sebenar ialah orang yang sentiasa mendoakan kita. sentiasa menasihati. menegur kita. memberi semangat di kala kita rasa lemah. mengajar kita apa itu erti persahabatan. dan yang paling penting, takkan mengkhianati erti sebuah persahabatan. walau sejauh mana pun terpisah, persahabatan takkan terputus...

persahabatan ini ibarat untaian tasbih... sentiasa di untai dengan kalimah suci... takkan ada penghujungnya.. dijaga dengan baik.. jangan sampai terlerai manik-maniknya.. andai kata terlerai.. usaha cantumkan kembali.. susun kembali... aturkan kembali.. supaya menjadi tasbih yang indah.. yang masih utuh untuk dibelai dengan kalimah ilahi... begitu indahnya persahabatan...

Fida yakin, mesty semua pernah dengar perkataan , " sedangkan lidah lagi tergigit ". dalam persahabatan.. mungkin akan berlaku salah faham. contohnya, kawan kita nasihatkan kita, tapi kita mula salah faham, anggap kawan kita perli kita, atau menyibuk hal kita. itu salah sama sekali. mereka yang menegur dan menasihat itu, tandanya mereka ambil berat tentang kita. sayang kita. dan tak nak kita terjerumus ke lembah kesilapan. Fida nak semua sedar, kawan yang menegur itu adalah lebih baik dari kawan yang hanya memuji kita dan memperkatakan hal yang tak baik di belakang kita. Nauzubillah hi minzalim... itu lebih menyakitkan...

Kat sini, Fida nak share, pengalaman Fida selama berkawan. First2 masuk UiTM Larkin, Johor, fida nervous sangat2,, sebab tak kenal sesiapa pun kat situ.. datang pun mak cik yang hantar,. cuma doa je dalam hati, mudahan Allah berikan sahabat yang baik. sebagai peneman aku belajar. sebagai pembakar semangat.

Then, bila jejakkan kaki kat uitm, fida rasa tenang. kawan2 pulak semuanya baik-baik. Alhamdulillah... semuanya banyak membantu. tak kiralah, dari segi kewangan, nasihat, sumbang idea..

ingat lagi, masa tu, darurat sangat, dah 7 hari tak makan, bila kawan2 tanya, dah makan ke belum, terpaksa bohong sunat, cakap dah makan. bukannya niat nak bohong, tapi tak nak menyusahkan mereka. lepas tu, pergi toilet, sebab nak persiapkan diri untuk solat, kwn2 datang bilik senyap2, tengok kat meja study, kosong, tak ada biskut atau roti ke apa, mereka turun ke cafe untuk belikan makanan,.., siap supply makanan tambahan lagi.. lepas mandi je, masuk bilik, semua makanan dah ada, mereka tunggu untuk makan sama2... mengalir air mata ni tak tertahan.. terharu dengan bantuan yang diberi... bismillah dimulakan, nasi disuap ke mulut, air mata tak henti mengalir...

dan yang paling tak dapat nak lupa, bila saat2 nak exam, kawan2 x putus2 bagi semangat kat fida, supaya terus bersemangat untuk belajar. lecturer2nya pun semua caring belaka. Especially Madam NFU,,, selalu bagi semangat n nasihat supaya fida tak pernah patah semangat untuk belajar, walapun banyak dugaan yang datang selama 3 tahun belajar. Madam pernah kata, tak apa, sekarang susah, in shaa Allah, Allah sebenarnya dah sediakan sesuatu yang baik dan istimewa untuk Fida kalau Fida sabar, jadi kepahitan itu perlu juga dirasakan...terima kasih puan,,, :)

time fida kena chicken pox dulu, kawan2 ramai yang care, bg mesej supaya banyak3 bersabar dengan dugaan Allah.. mereka tak kedekut ilmu untuk pinjamkan nota2 dan latihan yang telah dibincangkan di kelas..  dan yang terharunya, ramai yang datang melawat fida masa fida di kuarantin di rumah tamu uitm masa tu... thanks sahabat2... syukur, fida dikelilingi sahabat2 yang baik...

fida cuma yakin dengan janji Allah, sahabat yang baik, untuk orang yang baik juga. sama juga macam jodoh. jodoh yang baik, untuk insan yang baik juga. oopppss... dah lari topik pulak ni. masuk bab jodoh pulak.. Allah hu Akbar... hee...

jadi, kalau kita nak kawan yang baik, kita perlu ubah diri kita untuk jadi yang baik. in shaa Allah... Allah akan hantar hamba2Nya yang baik untuk berdamping dengan kita, untuk jadi sahabat sejati kita.

Kita semua contohilah persahabatan yang erat yang terjalin antara Rasulullah dengan para sahabat... mereka sentiasa bersama walau saat genting sekalipun... saling sayang menyayangi antara satu sama lain.. Contohnya, Sayyidina Abu Bakar as-siddiq, menemani Rasulullah SAW ketika nabi hendak berhijrah ke Madinah. menemani Rasulullah, berjalan hanya berdua sahaja dari Mekah ke Madinah kerana nabi telah dapat perintah dari Allah SWT untuk bertindak hijrah malam itu juga kerana nyawa baginda yang terancam.. nyawa sayyidina abu bakar juga tak mustahil dalam bahaya jika dia menemani Rasulullah SAW, tapi atas dasar cintakan islam, dan cintakan rasulullah dan persahabatan mereka, sayyidina Abu Bakar menemani Rasulullah... begitu sekali utuhnya persahabatan antara mereka berdua... subhanaAllah...

kita semua juga mampu untuk menjadi sahabat yang baik jika kita usahakannnya.. tak ada perkara yang mustahil di dunia ini...

jangan lupa, doakan kesejahteraan sahabat2 kita... kerana malaikat kiri kanan sentiasa mengaminkan setiap doa dan kata2 yang kita utarakan...

buat sahabat2 fida, fida doakan kalian semua diberkati Allah, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, diberikan kejayaan dalam setiap yang diusahakan, serta berjaya di dunia dan akhirat, in shaa Allah...

bersahabat hingga ke syurga Allah... in shaa Allah...Aamiin ya Allah...

akhir sekali, sebelum fida akhiri entry fida ni, nak mintak maaf lah ye.. if ada penulisan fida kat blog kali ini menyinggung mana2 pihak,, atau ada sebarang kesilapan, harap dimaafkan... dan diberi teguran jika perlu ye.,. fida sendiri masih lagi belajar untuk mengenali apa itu sahabat.. dan masih lagi berusaha untuk mengenali dan mengkaji hingga kini..

panjatkan kesyukuran pada ilahi kerana hadirkan dan hadiahkan kepada kita semua SAHABAT SEJATI.. syukur ya Allah... Alhamdulillah... :)

sekian, Fida minta diri dulu... Assalammualaikum... :)

Monday 7 January 2013

Tanggungjawab... Amanah...

Assalammualaikum... semua... :).... Alhamdulillah... feda berpeluang lagi untuk menulis blog ni setelah sekian lama menyepi.. bukannya apa... sebab agak sibuk dengan aktiviti seharian.

jadi dalam penulisan feda hari ni, jam 11.07mlm, feda nak share something tentang apa itu erti tanggungjawab.

jom sebut ramai2... T.A.N.G.G.U.N.G.J.A.W.A.B......

Macam senang kan, untuk disebut, tapi sedarkan kita semua, tanggungjawab itu sebenarnya mudah untuk dusanggupi...tetapi sukar untuk dijalankan.

sebagai contohnya, tanggungjawab sebagai seorang kakak kepada adik-adiknya. mungkin nampak mudah. nampak enteng. tapi ianya bukan mudah sebenarnya.

dan apakah hukumnya jika kita tak jalankan tanggungjawab kita dengan baik ??? hukumnya berdosa...

tanggungjawab juga boleh kita kaitkan dengan amanah. amanah ini juga mudah untuk kita sebut. bila tanya tentang amanah, semua orang tau. amanah wajib ditunaikan. kalau tak tunaikan, berdosa besar. tapi adakah kita pasti kita semua sentiasa jalankan amanah dan tanggungjawab yang telah digalaskan pada bahu kita ? Jawab... jangan tak jawab... ha, apa lagi, tepuk dada, tanya iman.

Allah SWT telah menegaskan dalam kitab suci al-Quran, surah al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud,

" dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan janganlah kamu membawa urusan harta itu kepada hakim supaya kamu dapat memakan sebahagian harta orang lain dengan jalan dosa, padahal kamu mengetahui. "

ayat tersebut mengertikatakan bahawa Allah menjelaskan kepada kita supaya jangan memakan harta orang lain dengan jalan yang salah atau batil. Hal ini kerana ianya adalah sikap negatif yang merosakkan masyarakat. Perbuatan tak amanah atau tak bertanggungjawab akan mengeruhkan keadaan lantas mendapat seksaan yang berat di akhirat kelak... Nauzubillah hi minzalim....

Jadi, sama2 lah kita renungkan,

nasihat saya di sini, sekiranya tanggungjawab itu telah sedia tergalas di bahu kita untuk di jalankan, jangan sekali2 kita meninggalkan nya... atau melalaikan diri dari menunaikannnya.,.,.

jika diberi amanah, tunaikanlah...
jika diberi tanggungjawab, tunaikanlah...

bersama kita muhasabah diri... insafi kesalahan yang telah kita lakukan... setiap orang ada tanggungjawab masing2.. termasuklah saya.. jadi tunaikanlah.,..

in shaa Allah... bersama-sama kita usahakan...

maafkan saya jika tersilap, sesungguhnya, saya masih lagi dalam proses untuk belajar. sekadar sekelumit ilmu untuk dimanfaatkan bersama... in shaa Allah,... :)