Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Friday 7 December 2012

Sediakan payung sebelum hujan....

Assalammualaikum, kawan2 semua...

Alhamdulillah, hari ni Allah berikan saya kesempatan lagi untuk menulis kata2 simple tapi bermakna di blog saya ni.,

Hari ni saya berfikir sedalam-dalamnya. Muhasabah diri.

Saya merenung dedaun pokok rambutan, yang besebelahan rumah saya, saya lihat ada dedaun hijau. Kelihatan muda. Segar. Cantik.

Kemudian saya lihat lagi dedaun yang ada di dahan sebelahnya.. daunnya kelihatan kering. Warna hijau dah tak kelihatan lagi.

Dan angin petang seperti biasa bertiup. Saya masih lagi memandang pada dedaun tadi. Yang anehnya, dedaun hijau jatuh berguguran. Tapi dedaun tua yang kekuningan masih utuh di dahan.

SubhanaAllah.... Sungguh besar ciptaan Allah....

Situasi ini membuatkan saya berfikir. Setiap fenomena yang Allah tunjukkan, ada hikmah disebaliknya. Saya bertanya pada diri saya sendiri. Apa petunjuk Allah untuk semua ini ?

Dan Alhamdulillah. Saya terdetik perkataan SAQARATUL MAUT. Atau dengan erti kata lain ialah KEMATIAN.

Sebut saja suku kata KEMATIAN, pasti semua orang tahu. Apa itu KEMATIAN. Kalau kita tanya pada si anak kecil yang berusia enam atau lima tahun pun, pasti mereka juga tahu, apa itu KEMATIAN.

Sahabat sekalian,

Dari situasi dedaun tadi, kita semua patut sedar. Bahawa KEMATIAN takkan mengenal usia. Tua atau muda, semuanya akan mengahadapi kematian.

Dan tahukah kita, bahawa KEMATIAN itu sakit ? Atau ada yang berpandangan ianya indah ? Mungkin indah jika amal ibadah kita sudah cukup atau melebih3 atau membuak2.. itu mungkin indah...tapi bagaimana pula jika hanya setipis kulit bawang ? Saya sendiri akui, amal ibadah saya tak seberapa... Ya Allah...

Teringat kisah kewafatan junjungan kita, Nabi Muhammad SAW....

Baginda mengatakan sakit, sedangkan malaikat izrail mengatakan bahawa dia telah berusaha untuk mengambil nyawa Rasulullah SAW dengan selembut yang mungkin. Tapi Rasulullah masih lagi merasa sakit. Hinggakan Rasulullah berkata, bagaimana ummatnya nanti menghadapi SAQARATUL MAUT ? Dalam saat itu, saat baginda nazak, baginda masih lagi ingat akan ummatnya...

Jadi renung-renungkan lah sahabat2 dan kawan2 sekalian... saya sendiri merasa takut untuk menghadapi SAQARATUL MAUT ini... tapi apakan daya, kematian itu adalah wajib dan mengingati kematian itu adalah sunat, tetapi meminta kematian itu adalah haram sama sekali.

Konklusinya, nak atau tak nak, kita semua telah Allah tetapkan dan telahpun tertulis di Luh Mahfuz, bila kita akan menghadapi kematian. Hanya Allah sahaja yang tahu. Bila ? Dimana ? Bagaimana ? Kita akan menghadapi kematian...

Cuma di sini, saya ingin mengingatkan dan menasihati kawan2 sambil memberi peringatan pada diri saya sendiri, SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN... Buatlah amal sebanyak yang mungkin... kumpul saham akhirat banyak2... Jangan dikejar kemanisan dunia... Kejarlah dulu kemanisan akhirat... sebab yang kekal menghuni ialah di akhirat nanti. Dunia ini hanyalah persinggahan sebentar. Jadi bersama-samalah kita mengejar kemanisan iman.

Sekadar renungan bersama... Maafkan saya jika ada kesilapan... Okey, selamat beramal.

Sunday 28 October 2012

HIKMAH AIDILADHA

Allah SWT telah memilih Nabi Ibrahim berada dari golongan orang yang beriman kepadaNya. Walaupun dilahir dan dibesarkan bukan didalam keluarga yang beriman kepada Allah, bapanya Azar menyembah berhala, Baginda tetap merasakan bahawa dengan menyembah berhala itu adalah salah dan sesat. Allah menjadikan Ibrahim seorang yan bijak menilai. Dicampak Allah akan rasa logik akal yang memnyembah patung itu adalah sia-sia. Sedangkan patung itu sendiri dibuat oleh tangan-tangan manusia, bahkan patung itu juga tidak dapat berbuat apa-apa. Didatangi fitrah manusia akan rasa ingin menyembah Pencipta, suatu malam Ibrahim merasakan bahawa bintang di langitlah penciptanya, namun bila tiba hari yang terang, maka hilanglah bintang tersebut. Oleh sebab itu, ketahuilah Ibrahim yang bintang itu bukanlah pencipta kerana ia hilang setelah muncul pada waktu malam. Sesungguhnya pencipta itu tidaklah sekejap ada sekejap hilang. Dari situlah Allah SWT. memberi hidayah kepada Ibrahim as.

Ibrahim telah berkahwin dengan Siti Sarah, seorang wanita Yahudi bangsawan. Bertahun lamanya tidak dikurniakan anak. Maka Ibrahim berkahwin lagi dengan seorang wanita hadiah daripada raja Mesir ketika itu, Siti Hajar. Berlainan asal taraf hidup dengan Siti Sarah, Siti Hajar adalah wanita berketurunan hamba, bukan dari bangsa Yahudi. Dengan Siti Hajar, dikurniakan seorang anak lelaki, namanya Ismail. Ketika inilah bermulanya keretakkan rumahtangga mereka- Siti Sarah merasakan Ibrahim lebih banyak mendekati Siti Hajar sehingga dapat melahirkan zuriat serta setelah adanya Ismail, Ibrahim lebih banyak meluangkan masa bermain dengan putera sulungnya. Sedangkan dia sudah bertahun bersama Ibrahim tetapi tetap belum dikurniakan anak. Tambahan pula Siti Hajar itu tidaklah sama taraf hidupnya dengan Siti Sarah yang memang berasal dari golongan bangsawan. Dari kejadiaan itulah, Siti Sarah meminta suaminya menjauhkan Siti Hajar untuk ditinggalkan di suatu tempat supaya akan dijumpai orang lalu diambil orang yang menjumpai mereka. Dengan hikmah tersembunyi, Allah telah perintahkan Ibrahim as. menuruti keinginan Siti Sarah lalu membawa Siti Hajr ke suatu tempat yang kering dari rezeki dan tidak diduduki orang untuk ditinggalkan seorang diri bersama putera kecilnya itu. Ibrahim as. sedar inilah ujian demi ujian yang Allah berikan kepadanya demi menguji keimanannya. Dengan rasa berserah diri kepada Allah, maka Ibrahim as. pun membawa Siti Hajar dan Ismail dari Palestin ke tempat yang dia sendiri tidak tahu tanpa pengetahuan Siti Hajar akan niat Ibrahim as. untuk meninggalkan dirinya. Ditunggangi unta oleh mereka, Ibrahim hanya berserah kemana unta itu akan berhenti kelak. Disitulah tempat yang akan Ibrahim tinggalkan mereka nanti. Setelah beberapa hari melalui padang pasir yang panas terik, tiadalah pohon-pohon untuk berteduh, gelap gelita dimalam hari, sudahlah tidak dihuni orang, apabila sampai, -di lembah Makkah, di tempat di mana Masjidil Haram sekarang berada, berhentilah unta Nabi Ibrahim as. mengakhiri perjalanannya dan di situlah ia meninggalkan Hajar bersama puteranya dengan hanya dibekali dengan serantang bekal makanan dan minuman sedangkan keadaan sekitarnya tiada tumbuh-tumbuhan, tiada air mengalir, yang terlihat hanyalah batu dan pasir kering. Tibalah masanya Ibrahim as. meninggalkan Siti Hajar. Kesedihan Siti Hajar tidak dapat disembunyikan apabila mengetahui suaminya mahu meninggalkan dirinya seorang diri bersama Ismail mengundang perasaan sayu oleh Ibrahim as. Alangkah sayunya perasaan Ibrahim as. apabila mahu melangkah pergi, terasa berat hatinya mahu meninggalkan isteri tercinta. Namun itulah dia, wanita solehah yang dipilih oleh Allah SWT. yang akan menghuni syurgaNya. Dengan rasa redha atas segala perintah Allah SWT., dibiarkan Ibrahim pergi meninggalkan mereka demi menurut perintah Allah…

Setelah itu, Ibrahim as. pulang semula ke Palestin untuk bersama Sarah. Didalam hatinya sentiasa memohon kepada Allah SWT., agar diselamatkan isteri dan anaknya. Ia berkata dalam doanya:

” Wahai Tuhanku! Aku telah tempatkan puteraku dan anak-anak keturunannya di dekat rumah-Mu (Baitullahil Haram) di lembah yang sunyi dari tanaman dan manusia agar mereka mendirikan solat dan beribadat kepada-Mu. Jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan yang lazat, mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu.”

Dilembah Makkah yang tiada penghuni itulah Siti Hajar bersama putera kesayangannya. Ketika Siti Hajar keseorangan bersama puteranya, kesabarannya tetap menebal.
 
 
 
 
Dari Bukit Safa ke Bukit Marwah lah Siti Hajar berlari-lari anak mencari air untuk diberikan kepada anaknya.
 
 
 
Disinilah umat Islam melakukan rukun sa’i ketika menunaikan haji. Dengan kuasa Allah SWT., dihujung tapak kaki Ismail rupanya keluar air. Di situlah tempatnya kini dipanggil telaga Zamzam. Air Zamzam inilah kurnian dari Allah SWT., bagi membantu hambanya yang beriman.

Dengan terpancutnya air Zamzam telah menarik burung-burung berterbangan mengelilingi tempat itu, menarik pula perhatian sekelompok bangsa Arab dari suku Jurhum yang merantau dan sedang berkhemah di sekitar Makkah. Mereka mengetahui dari pengalaman bahawa di mana ada terlihat burung di udara, nescaya dibawahnya terdapat air, maka diutuslah oleh mereka beberapa orang untuk memeriksa kebenaran ini. Para pemeriksa itu pergi mengunjungi daerah di mana Hajar berada, kemudian kembali membawa berita gembira kepada kaumnya tentang mata air Zamzam dan keadaan Hajar bersama puteranya. Segera sekelompok suku Jurhum itu memindahkan perkhemahannya ke tempat sekitar Zamzam, di mana kedatangan mereka disambut dengan gembira oleh Hajar kerana adanya sekelompok suku Jurhum di sekitarnya, ia memperolehi jiran-jiran yang akan menghilangkan kesunyian dan kesepian yang selama ini dirasakan di dalam hidupnya berduaan dengan puteranya saja.

Nabi Ibrahim dari masa ke semasa pergi ke Makkah untuk mengunjungi dan menjenguk Ismail di tempat pengasingannya bagi menghilangkan rasa rindu hatinya kepada puteranya yang ia sayangi serta menenangkan hatinya yang selalu rungsing bila mengenangkan keadaan puteranya bersama ibunya yang ditinggalkan di tempat yang tandus, jauh dari masyarakat kota dan pengaulan umum ketika itu. Sewaktu Nabi Ismail sedang membesar, Ibrahim a.s. mendapat mimpi bahwa ia harus menyembelih Ismail puteranya. Dan mimpi seorang nabi adalah salah satu dari cara-cara turunnya wahyu Allah, maka perintah yang diterimanya dalam mimpi itu harus dilaksanakan oleh Ibrahim as. Ia duduk sejurus termenung memikirkan ujian yang maha berat yang ia hadapi. Sebagai seorang ayah yang dikurniai seorang putera yang sejak puluhan tahun diharap-harapkan dan didambakan, seorang putera yang diharapkan menjadi pewarisnya dan penyampung kelangsungan keturunannya, tiba-tiba harus dijadikan korban dan harus direnggut nyawa oleh tangan si ayah sendiri. Sungguh amat berat ujian yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim, namun sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:

“Allah lebih mengetahui di mana dan kepada siapa Dia mengamanatkan risalahnya”.

Ibrahim as. tidak membuang masa lagi, berazam (niat) tetap akan menyembelih Ismail, puteranya sebagai korban sesuai dengan perintah Allah yang telah diterimanya.

Ismail sebagai anak yang soleh yang sangat taat kepada Allah dan bakti kepada orang tuanya, ketika diberitahu oleh ayahnya maksud kedatangannya kali ini tanpa ragu-ragu dan berfikir panjang berkata kepada ayahnya:

“Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu. Engkau akan menemuiku insya-Allah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada perintah. Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu, agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar menanggalkan pakaianku supaya tidak terkena darah yang akan menyebabkan berkurangnya pahalaku dan terharunya ibuku bila melihatnya, ketiga tajamkanlah parangmu dan percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar meringankan penderitaan dan rasa pedihku, keempat dan yang terakhir sampaikanlah salamku kepada ibuku. Berikanlah kepadanya pakaian ku ini untuk menjadi penghiburnya dalam kesedihan dan tanda mata serta kenang-kenangan baginya dari putera tunggalnya.”

Allahuakbar…tidak dapat ana bayangkan…Maha Suci Allah yang menciptakan alam ini….

Kemudian dipeluknyalah Ismail dan dicium pipinya oleh Ibrahim as. seraya berkata:

“Bahagialah aku mempunyai seorang putera yang taat kepada Allah, bakti kepada orang tua yang dengan ikhlas hati menyerahkan dirinya untuk melaksanakan perintah Allah”.

Saat penyembelihan yang mengerikan telah tiba. Diikatlah kedua tangan dan kaki Ismail, dibaringkanlah ia di atas lantai, lalu diambillah parang tajam yang sudah tersedia dan sambil memegang parang di tangannya, kedua mata Ibrahim as. yang tergenang air berpindah memandang dari wajah puteranya ke parang yang mengilap di tangannya, seakan-akan pada masa itu hati beliau menjadi tempat pertarungan antara perasaan seorang ayah di satu pihak dan kewajiban seorang rasul di satu pihak yang lain. Pada akhirnya dengan memejamkan matanya, parang diletakkan pada leher Ismail dan penyembelihan di lakukan . Akan tetapi apa daya, parang yang sudah demikian tajamnya itu ternyata menjadi tumpul dileher Ismail dan tidak dapat berfungsi sebagaimana mestinya dan sebagaimana diharapkan.

Kejadian tersebut merupakan suatu mukjizat dari Allah yang menegaskan bahwa perintah perkorbanan Ismail itu hanya suatu ujian bagi Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sampai sejauh mana cinta dan taat mereka kepada Allah. Ternyata keduanya telah lulus dalam ujian yang sangat berat itu. Nabi Ibrahim telah menunjukkan kesetiaan yang tulus dengan pengorbanan puteranya untuk berbakti melaksanakan perintah Allah sedangkan Nabi Ismail tidak sedikit pun ragu atau bimbang dalam memperagakan kebaktiannya kepada Allah dan kepada orang tuanya dengan menyerahkan jiwa raganya untuk dikorbankan, sampai-sampai terjadi seketika merasa bahawa parang itu tidak lut memotong lehernya, berkatalah ia kepada ayahnya:

” Wahai ayahku! Rupa-rupanya engkau tidak sampai hati memotong leherku karena melihat wajahku, cubalah telengkupkan aku dan laksanakanlah tugasmu tanpa melihat wajahku. “

Akan tetapi parang itu tetap tidak berdaya mengeluarkan setitik darah pun dari daging Ismail walau ia telah ditelengkupkan dan dicuba memotong lehernya dari belakang.
Dalam keadaan bingung dan sedih hati, kerana gagal dalam usahanya menyembelih puteranya, datanglah kepada Nabi Ibrahim wahyu Allah dengan firmannya:

“Wahai Ibrahim! Engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah kami akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikkan.”

Kemudian sebagai tebusan ganti nyawa, Ismail telah diselamatkan, Allah telah menggantikan Ismail dengan seekor kibas yang telah tersedia di sampingnya dan segera dipotong leher kibas tersebut.

Diriwayatkan Nabi Ismail mempunyai 12 anak lelaki dan seorang anak perempuan yang dikahwinkan dengan anak saudaranya, iaitu Al-’Ish bin Ishak. Nabi Ishak adalah adik beradik Nabi Ismail. Ishak as. adalah anak kepada Siti Sarah yang berketurunan bangsawan Yahudi itu. Daripada keturunan Nabi Ismail inilah lahir Nabi Muhammad SAW dari Bani Hasyim. Keturunan Nabi Ismail juga mewujudkan bangsa Arab Musta’ribah.

Dan inilah asal permulaan sunnah berqurban yang dilakukan oleh umat Islam pada setiap Hari Raya Edul Adha di seluruh dunia. Semoga dapatlah kita menghayati makna sebenar amalan korban yang kita lakukan selama ini. Sesungguhnya, maksud yang terkandung di dalam amalan itu lebih jauh perlunya kita serapkan dalam diri kita sebagai hambaNya. Inilah dua contoh pengorbanan (anak Nabi Adam as., Ibrahim as dan Ismail as.) yang dilakukan demi mendapat keredhaan dari Allah yang dapat kita contohi. Semoga Allah juga menerima setiap dari amalan yang kita laku. Amin.

Saturday 6 October 2012

..:: 5 shalat sunnah yang bisa dirutinkan ::..



1 - Shalat sunnah Fajar (qobliyah shubuh):
“Dua rakaat sunnah fajar (subuh) lebih baik dari dunia dan seisinya.”

[HR. Muslim no. 725]

2 - Shalat Tahajud:
“Sebaik-baik puasa setelah puasa Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah –Muharram-. Sebaik-baik shalat setelah shalat wajib adalah shalat malam.”

[HR. Muslim no. 1163, dari Abu Hurairah]

3 - Shalat Witir:
“Jadikanlah akhir shalat malam kalian adalah shalat witir.”

[HR. Bukhari no. 998 dan Muslim no. 751]

4 - Shalat Dhuha:
“Dari Buraidah, beliau mengatakan bahwa beliau pernah mendengar Rasulullah sallAllaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Manusia memiliki 360 persendian. Setiap persendian itu memiliki kewajiban untuk bersedekah.” Para sahabat pun mengatakan, “Lalu siapa yang mampu bersedekah dengan seluruh persendiannya, wahai Rasulullah?” Nabi sallAllaahu ‘alaihi wa sallam lantas mengatakan, “Menanam bekas ludah di masjid atau menyingkirkan gangguan dari jalanan. Jika engkau tidak mampu melakukan seperti itu, maka cukup lakukan shalat Dhuha dua raka’at.”

[HR. Ahmad, 5: 354. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa hadits ini shahih ligoirohi]

5 - Shalat Isyroq:
“Barangsiapa yang melaksanakan shalat shubuh secara berjama'ah lalu ia duduk sambil berdzikir pada Allah hingga matahari terbit, kemudian ia melaksanakan shalat dua raka'at, maka ia seperti memperoleh pahala haji dan umroh.” Beliau pun bersabda, “Pahala yang sempurna, sempurna dan sempurna.”

[HR. Tirmidzi no. 586. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan]

Monday 1 October 2012

DOA UNTUK DIBERI HATI YANG TERANG UNTUK TERIMA ILMU



Assalammualaikum,,, sahabat2,,lama dah saya tak update blog saya ny,, sebab mungkin Allah belum lg beri kesempatan buat saya melakar kata2 ilmu untuk dikongsi bersama,, 

Tapi syukur,, hari ni, diberi kelapangan,, untuk saya menulis,,

Almaklumlah,,, sekarang musim exam,,jadi saya nak share doa2 yg boleh diamalkan bagi mereka yg inginkan kemanisan ilmu dan kejayaan dalam pelajaran,,,insyaAllah,,,bersama kite berkongsi ye,,

Ilmu ini pun saya ambil dari internet,,jadi bersama kita amalkan,,,insyaAllah,,,



1. SURAH AL FATEHAH – Doa pembuka kepada segala urusan
(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)

2. SURAH AL ‘ALAK (Ayat 1 – 5) - Anak kunci segala ilmu
(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)
3. SURAH ASY-SYARH – Untuk melapangkan dan melegakan hati
(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri dan Ustaz T.M. Fouzy Jumat)

4. SELAWAT NABI S.A.W – Doa terang hati
Dibaca 11 kali dikala hendak ke kelas.
(Nasihat dari Allahyarham Habib Muhammad Bin Saleem Al Atas dan
Allahyarham Syed Abdullah Assogoff)
5. SELAWAT NABI S.A.W. – Doa terang hati
doaterang hati2
“Ya Allah restulah dan sejahterakanlah junjugan kami Muhammad hambaMu dan pesuruhMu yang ummi dan di atas keluarga dan sahabat Baginda semuanya.”
(Nasihat dari Ustaz T.M. Fouzy Jumat)
6. SELAWAT NABI S.A.W – Pembuka pintu hati
doabukahati
“Kesejahteraan kemuliaan seluruh bulan sekelilinginya beribu-ribu di atas junjugan pesuruh yang amat tinggi.
Ya Allah Ya Allah. Wahai Pembuka segala ilmu. Wahai Yang Maha Mengetahui segala ilmu. Ya Allah engkau bukakanlah pintu hati kami dengan pembukaan yang sepenuhnya.”
(Nasihat oleh Ustaz T.M. Fouzy Jumat)
7. WIRID SUPAYA ALLAH REDHA DENGAN USAHA KITA
Mudah-mudahan tidak menjadi seorang muslim professional yang munafiq, tidak terikut-ikut sikap orang Nasrani dan Yahudi (Nasihat dari Prof. Ustaz Hashim Yahya, Mufti Selangor)
doaallahredahusahakita
Telah bersabda Rasulullah: Barangsiapa yang berkata ketika petang (zikir yang tersebut) Allah tetap akan meredhakannya (Riwayat Tarmizi)
(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)
8. DOA MUDAH FAHAM DAN MUDAH HAFAL
doamudahfahamhafal
“Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir denganMu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.”
(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)
9. DOA SUPAYA MENJADI PAKAR TENTANG SESUATU PERKARA

“Ya Allah, terangkanlah hatiku seperti terangnya hati-hati orang yang arif. Fahamkan aku perkara agama ku.”
10. DO’A MENDAPAT ILHAM ATAU IDEA YANG BAIK
doadapatilham

“Ya Allah, berilah aku ilham petunjuk (kecerdasan) dan lindungilah aku dari kejahatan nafsuku.”
11. DOA MOHON DITAMBAH ILMU DAN KEFAHAMAN
doatambahilmupengetahuan
“Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku kefahaman (pengertian yang baik dan fahaman).
12. WIRID UNTUK MENDAPAT ILMU DENGAN HIKMAH
wiriddapatilmudgnhikmah
“Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui Ilmu Yang Berhikmah”
13. WIRID UNTUK PELAJAR
Dibaca selepas solat (7 kali) supaya diberi petunjuk, ilmu, kepakaran yang nyata.
wiridtukpelajar
“Wahai Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, Wahai Tuhan Yang Maha Waspada Wahai Tuhan Yang Nyata”
(Wirid ini adalah sebahagian dari wirid susunan Ahmad Asrory Al Ishaqy)
14. DOA UNTUK MENDAPAT HIKMAH
wiridtukdapathikmah
“Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, ajarkanlah aku hikmah”.
(Nasihat dari Ustaz T.M. Fouzy Jumat)
15. DOA KETIKA KEGELAPAN FIKIRAN (mental block)
Dibaca sewaktu menduduki peperiksaan
wirid ketika gelapfikiran

“Wahai Tuhan Yang Memberi Petunjuk, tunjuki aku”
Imam Ahmad bin Ali Albunni mengatakan, Nama Allah ini adalah lafaz zikir malaikat Israfil. Apabila kita berada dalam kegelapan fikiran, kita baca doa tersebut, insya-Allah seketika itu juga kita akan memperoleh petunjuk. Boleh juga dibaca seketika sesat jalan.
16. WIRID UNTUK MENJADI BIJAK PANDAI
wiridtukjadibijakpandai

Ya Rasyidu – Dibaca sebanyak mungkin selepas solat
“Wahai Tuhan Yang Maha Pandai”
Jika kita ingin menjadi orang yang bijak pandai, di samping kuat belajar dan menuntut ilmu pengetahuan dan mengembangkan bakat masing-masing, eloklah bermohon kepada Allah dengan berulangkali berzikir kalimah di atas sebanyak mungkin, semoga akan berjaya.

17. WIRID UNTUK “MELIHAT” YANG DI RAHSIAKAN
wiridtuklihatygdirahsiakan

“Tidakkah Dia mengetahui apa yang Dia ciptakan, sedangkan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui”.
Jika dibaca 9 kali ketika hendak tidur dan beristiqamah dengannya, insya-Allah ia akan bermimpi dan melihat dalam tidurnya akan sesuatu yang dikehendakinya. Jika diamalkan selalu insya-Allah akan didorongkan untuk belajar perkara yang akan disoalkan dalam sesuatu peperiksaan. Boleh juga dibaca ketika mengalami suatu masalah dalam pelajaran atau projek.


last doa


ALHAMDULILLAH...SELAMAT BERAMAL....

Thursday 19 July 2012

Perang Badar di Bulan Ramadhan

Sejarah Rasulullah s.a.w
Peperangan Badar  
Muqaddimah:
Setelah hijrahnya Rasulullah dari Makkah ke Madinah bersama-sama para sahabatnya dan diterima baik oleh orang-orang anshar, Islam telah berkembang, tersebar luas dan diterima oleh banyak kabilah-kabilah arab.  Kekuatan dan ekonomi Madinah telah menjadi kukuh.  Orang-orang arab Quraisy Makkah tidak senang hati dengan kemajuan ini.
Perang Badar merupakan perang pertama yang dilalui oleh umat Islam di Madinah. Ia merupakan isyarat betapa mulianya umat Islam yang berpegang teguh pada tali agama Allah.  Kemenangan besar kaum muslimin tidak terletak pada jumlah tentara yang ikut serta tetapi terkandung dalam kekuatan iman yang tertanam disanubari mereka.  Dengan Keyakinan mereka pada Allah yang sangat kukuh itu, Allah telah menurunkan bantuan ibarat air yang mengalir menuju lembah yang curam.  Tidak  ada sesiapa yang dapat menahan betapa besarnya pertolongan Allah terhadap umat yang senantiasa menjalankan perintahnya dan menjauhi larangannya. 
Sejarah :
Serangan yang dilakukan oleh Abdullah Ibn Jahshin terhadap angkatan perdagangan kaum Quraisy pada bulan Rejab yang diharamkan berperang telah dianggap oleh mereka sebagai tamparan dan cabaran hebat kepada mereka.  Kaum Quraisy merasakan kematian Al-Hadhrami seharusnya dibela dan memusnahkan semua pihak yang bersangkutan dengan pembunuhan itu.  Rasulullah sememangnya menyedari pihak Quraisy pasti akan menuntut bela.  Baginda telah membuat persediaan yang lebih awal.
Pada bulan Ramadhan tahun 2 Hijriah,  Rasulullah bersama 313 orang tentera telah keluar dari Madinah untuk menyekat angkatan perdagangan kaum Quraisy yang pulang dari negeri Syria (Syam) dalam usaha mereka hendak melemahkan persiapan tentera Quraisy Makkah untuk menyerang Madinah.
Abu Sufyan yang mengetuai angkatan perdagangan tersebut telah menyedari tindakan Rasulullah itu lalu beliau telah menghantar utusannya yang bernama Dham Dham bin Amr Al-Ghifari meminta bantuan dari Makkah.
Di Makkah pula, 3 hari sebelum Dham Dham sampai, Atiqah Binte Abdul Muthalib telah bermimpi sesuatu yang sungguh menakutkan.  Atiqah telah bermimpi melihat seorang musafir datang dengan mengendarai unta. Ia berdiri diatas tanah lapang. Kemudian, lelaki tersebut berteriak dengan suara yang amat kuat.
“Ketahuilah wahai keluarga Ghudar, berangkatlah kalian kepada tempat-tempat kematian kalian dalam masa 3 hari.”
Atiqah melihat manusia berkumpul dekat musafir tersebut kemudian ia masuk dalam masjid diikuti orang ramai dan berdiri ia diatas untanya didepan Ka’bah dan dilaungkan lagi perkataan yang sama. Lelaki itu kemudian berdiri dihadapan Abu Qais dan diulangi ucapannya buat kali ketiga.  Musafir itu kemudian mengambil batu besar dan melemparkannya.  Batu itu jatuh bergolek.  Ketika batu itu tiba dibawah gunung, ia pecah berkeping-keping. Tidak sebuah rumah pun yang ada di Makkah terlepas dari dimasuki pecahan batu besar tersebut.
Mimpi Atiqah itu walaupun diminta supaya dirahsiakan, telah tersebar luas di Kota Makkah hingga kepengetahuan Abu Jahal.  Tetapi Abu Jahal dengan sikap bongkak dan sombongnya tidak memperdulikan mimpi itu malah diperlecehkan olehnya.
Al-Abbas bin Abdul Muthalib, orang pertama yang mengetahui tentang mimpi Atiqah telah mendengar saudaranya di ejek oleh Abu Jahal.  Beliau ingin mempertahankan saudaranya lalu keluar untuk mencari Abu jahal.  Pada ketika beliau terjumpa Abu Jahal, Dham Dham, yaitu utusan dari Abu Sufyan telah sampai ke Makkah dengan membawa berita Abu Sufyan meminta bantuan.  Ketika itu juga Makkah menjadi kecoh dengan berita ini.  Ramai pembesar-pembesar Quraisy merasa marah dengan tindakan Muhammad.  Mereka lalu mengumpulkan orang untuk keluar membantu Abu Sufyan.  Tidak ada seorang lelaki pun yang ingin ketinggalan dalam peperangan ini.  Ada diantara mereka yang tidak dapat ikut tetapi mengutus orang suruhan mereka untuk ikut serta.
Sebelum berlaku peperangan di Badar, Nabi Muhammad S.A.W telah mengutuskan Talhah Bin Ubaidullah dan Said bin Zaid untuk mengumpul maklumat tentang kabilah Abu Sufyan.  Mereka mengumpulkan maklumat ynag perlu dan kembali ke Madinah untuk menyampaikan pada Rasul.  Baginda bergerak bersama-sama para pengikutnya.  Baginda menuju ke Badar tetapi terlebih dahulu Baginda mengutus Ali bin Abu Talib, Zubir bin Al-Awwam dan Saad Bin Abi Waqqas bersama beberapa orang lain ke Badar mengumpulkan maklumat terbaru tentang orang Quraisy serta musuh mereka. Maklumat yang diperolehi daripada dua orang budak lelaki yang telah mendedahkan tentang tempat persinggahan orang Quraisy.  Apabila Rasulullah bertanya berapa ekor binatang yang disembelih untuk makanan mereka setiap hari, kanak-kanak itu menjawab 9 atau 10 eokr.  Dengan kebijaksanaan Rasulullah, Beliau dapat mengagak jumlah tentera musuh ada 900 hingga 1000 orang tentera.
Dengan maklumat yang diperolehi itu, Rasulullah pada waktu itu merasa khawatir kalau-kalau nanti setelah kejadian tenteranya bertempur dengan tentera Quraisy lalu dari tenteranya ada yang mengundur diri.  Nabi Muhammad S.A.W juga ingat bahwa asal mulanya berangkat dari madinah adalah hendak mengejar seperangkatan unta yang memuatkan perdagangan kaum Quraisy yang di ketuai oleh Abu Sufyan, sedangkan mereka telah lepas jalan ke Makkah.  Rasulullah bimbang jika ada diantara tenteranya yang tidak suka bertempur dengan tentera Quraisy dan ada yang berperasaan
Angkatan Unta yang dikejar telah terlepas jalan. Pasukan tentera Quraisy begitu besar berlipat ganda. Alat perang Quraisy lebih lengkap dan mereka serba kekurangan.
Dengan kebijaksanaan sebagai seorang Nabi dan pesuruh Allah, maka Nabi Muhammad S.A.W mengadakan permusyawaratan bersama pahlawan-pahlawan tenteranya meminta pendapat mereka. Pada mulanya, mereka berkata bahwa mereka keluar hanya untuk perdagangan Quraisy dan bukan untuk berperang.  Ketika itu Rasulullah amat merasa susah hati dan berubah wajahnya. Apabila Abu Bakar r.a melihat keadaan ini, lalu beliau berkata:
“Ya Rasulullah, lebih baik kita bertempur dengan musuh!”.  Diikuti pula dengan Umar r.a.  Kemudian seorang sahabat Miqdad Bin Al-Aswad lalu berdiri dan berkata :
“Ya Rasulullah, teruskanlah pada barang apa yang Allah telah perintahkan pada Tuan! Maka kita serta Tuan.  Demi Allah, kita tidak akan berkata kepada Tuan seperti perkataan kaum Bani Israil kepada Nabi Musa pada zaman dahulu. “Pergilah engkau bersama Tuhanmu, maka berperanglah engkau berdua.  Kita sesungguhnya akan duduk termenung saja.”.  Akan tetapi berkata kita pada Tuan sekarang “Pergilah Tuan bersama Tuhan Tuan! Dan berperanglah Tuan bersama Tuhan Tuan.  Kita sesungguhnya berserta Tuan dan Tuhan Tuan.  Kita ikut berperang.  Demi Allah, jikalau Tuan berjalan dengan kita sampai kedesa Barkul Ghamad, nescaya kita berjuang bersama Tuan daripada yang lainnya.  Kita akan berperang dari sebelah kanan Tuan dan di antara hadapan Tuan dan belakang Tuan.
Ketika itu Rasulullah juga ingin kepastian dari kaum Anshar.  Melihat keadaan itu, Sa’ad Bin Muaz lalu berdiri dan berkata dengan kata-kata yang memberi keyakinan pada Rasulullah sama seperti kaum Muhajirin.  Di ikuti pula oleh suara-suara pahlawan yang lain.
Setelah mendengar kata-kata daripada sahabat dan tenteranya yang sungguh meyakinkan, bercahayalah muka Nabi seraya tertampak kegirangannya.  Pada saat itu juga Allah menurunkan wahyunya yang tercatat di Surah Al-Anfal ayat 5-7 yang ertinya :
“Sebagai Tuhanmu(Muhammad) mengeluarkan akan kamu dari rumhamu yang benar. Dan bahawasanya sebahagian dari orang-orang yang beriman itu sungguh benci.  Mereka membantah kamu dalam urusan kebenaran (berperang) sesudah terang-benderang, seolah-olah mereka digiring akan salah satu dari dua (golongan Al’Ier dan golongan An Nafier), bahawasanya ia bagimu, dan kamu mengharapkan yang tidak berkekuatan senjata adalah bagi kamu, dan Allah berkehendak akan menyatakan kebenaran dengan semua sabdanya, dan memutuskan kekalahan orang-orang yang tidak percaya” 
                                                                                  (Al-Quran Surat Al-Anfal Ayat 5-7)
Setelah itu, nabi S.A.W lalu bersabda pada seluruh tenteranya:
“Berjalanlah kamu dan bergiranglah kerana sesungguhnya Allah telah memberi janji kepadaku salah satu daripada dua golongan (yaitu Al-Ier dan An-Nafier).  Demi Allah, sungguh aku seakan-akan sekarang ini melihat tempat kebinasaan kaum Quraisy,”
Mendengar perintah Rasulullah S.A.W yang sedemikian itu, segenap kaum muslimin memulakan perjalanan dengan tulus ikhlas dan berangkatlah mereka menuju ketempat yang dituju oleh Nabi. Mereka selalu ta’at dan patuh kepada perintah Nabi dengan melupakan segala sesuatu yang menjadi kepentingan diri mereka sendiri.
Dipihak Quraisy pula ada beberapa kocar kacir yang terjadi sehingga beberapa kaum yang berjalan berpatah balik ke Makkah.
Rasulullah tidak henti-henti memanjatkan do’a kepada Allah memohon pertolongan. Untuk menebalkan iman tenteranya dan meneguhkan semangat barisannya, Rasulullah menghadapkan mukanya kepada sekelian tenteranya sambil memohon kepada Allah yang ertinya :
“Ya Allah! Hamba memohon kepada Engkau akan janji dan perjanjian Engkau.  Ya Allah! Jika Engkau berkehendak (mengalahkan pada hamba), tidak akan Engkau disembah lagi.” 
Diriwayatkan diwaktu itu, Nabi S.A.W berulang-ulang memohon kepada Allah sehingga Abu Bakar r.a yang senantiasa berada disisinya telah memegang selendang dan bahu Nabi sambil berkata bahwa Tuhan akan meluluskan padanya apa yang telah Allah janjikan.
Selanjutnya, sebagai kebiasaan bangsa Arab, sebelum berperang maka diantara pahlawan-pahlawannya lebih dulu harus bertanding dan beradu kekuatan dengan pahlawan musuh.  Dipihak kaum Quraisy, 3 pahlawan yang keluar adalah 1. Utbah Bin Rabi’ah, 2. Syaibah Bin Rabi’ah dan 3. Walid Bin Utbah.  Dan dari tentera Islam ialah 1. ‘Auf bin Al-Harits, 2. Mu’adz bin Harts dan 3. Abdullah bin Rawahah.  Mereka bertiga adalah dari kaum Anshar.  Tetapi kerana kesombongan kaum Quraisy yang merasakan bangsanya lebih baik, tidak mahu menerima kaum Anshar, malah meminta Rasulullah mengeluarkan 3 orang pahlawan dari kaum Quraisy sendiri.  Maka Rasulullah mengeluarkan 1. Hamzah Bin Abdul Muthalib, 2. Ali Bin Abi Thalib dan 3. ‘Ubadah Bin Al-Harits.  Mereka berenam beradu tenaga sehingga akhirnya tentera Quraisy jatuh ketiga-tiganya dan tentera Islam hanya ‘Ubaidah Bin Al-Harits yang syahid.  Ini adalah petanda bahwa kaum Quraisy akan tewas. 
Setelah itu pertempuran terus berlaku.  Tentera Islam yang seramai 313 orang berlawan mati-matian untuk menewaskan tentera Quraisy.  Rasulullah senantiasa mengamati gerak-geri tentera Islam.  Dengan sebentar waktu, berpuluh-puluh tentera musyrikin menghembuskan nafasnya, melayang jiwanya meninggalkan badannya bergelimpangan diatas tanah bermandikan darah.  Tentera Islam senantiasa menyebut “Esa! Esa! Esa!”.
Rasulullah pula tidak henti-henti memanjatkan do’a pada Allah memohon kemenangan  tentera Islam. Ada seketika dengan tidak ada sebab apapun, Rasulullah telah jatuh dengan mendadak sebagai orang pengsan.  Tubuhnya gementar dan kedinginan bagaikan orang ketakutan.  Tetapi tidak berapa minit, Beliau bangun dengan tegak lalu bersabda kepada Abu Bakar r.a. yang senantiasa berada disisinya, yang ertinya :
“Gembiralah oleh mu hai Abu Bakar.  Telah datang pertolongan dari Allah kepadamu.  Ini Malaikat Jibril sampai memegang kendari kuda yang ia tuntun atas kedua gigi sarinya berdebu.” 
Rasulullah memberi semangat kepada tenteranya dengan sabdanya yang membawa maksud dan jaminan bahwa tentera Islam yang turut serta diperang Badar dijamin masuk syurga.  Mendengar ini, tentera Islam semakin berkobar-kobar semangatnya.  Ramai pembesar-pembesar Quraisy yang terkorban dan pada akhirnya, mereka bubar dan melarikan diri.  70 orang kaum Quraisy terbunuh dan 70 yang lain tertawan.  Manakala tentera Islam pula hanya 14 yang syahid (6 dari Muhajirin dan 8 dari Anshar).  Tentera Islam mendapat kemenangan dari sebab keteguhan dan ketabahan hati mereka.  Bangkai-bangkai tentera musyrikin dilempar dan dikuburkan didalam sebuah perigi/sumur di Badar.
Kemenangan ini disambut dengan riang gembira oleh orang yang tidak mengikut peperangan, yaitu kaum perempuan, kanak-kanak dan beberapa orang lelaki yang diberi tugas mengawal Madinah dalam masa pemergian tentera Islam ke Badar itu.
Di Madinah pula, Rasulullah memikirkan bagaimana cara yang patut dilakukan keatas orang tawanan perang.  Rasulullah juga berpesan pada orang ramai supaya bersikap baik dan belas kasihan kepada orang tawanan. Sehingga ada kaum muslimin yang memberikan satu-satunya roti yang ada kepada orang tawanan.  Sehingga orang tawanan merasa segan dengan kebaikan yang ditunjukkan. Rasulullah kemudian berbincang dengan orang Islam tentang nasib tawanan Badar.  Ada yang menyatakan dibunuh saja kerana mereka telah engkar dengan Allah dan mengusir kaum Muhajirin dari Makkah.  Ada pula yang lebih lembut hatinya dan disuruh lepaskan saja dengan harapan mudah-mudahan mereka akan insaf dan tertarik dengan Islam.  Setelah lam berbincang, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk melepaskan mereka dengan mengenakan tebusan sekadar yang sepatutnya mengikut keadaan masing-masing.  Setinggi empat ribu dirham dan serendah satu ribu dirham.  Bagi yang miskin tetapi ada pengetahuan membaca dan menulis dikehendaki supaya mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam.  Mereka semua dibebaskan apabila tebusan telha dibayar atau kanak-kanak itu telah pandai.  
Hikmah didalam peperangan Badar
Peperangan Badar ini amat besar ertinya bagi agama Islam.  Andaikata tentera Islam kalah dalam peperangan ini maka tamatlah riwayat orang-orang Islam malah agama Islam itu sendiri.  Kemenangan ini juga menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah dan menambahkan keyakinan bahwa mereka adalah pihak yang benar.  Mereka telh mula disegani dan ditakuti oleh kabilah-kabilah Arab lain dan digeruni oleh orang Yahudi dan Munafiqin Madinah.  Sebaliknya pengaruh orang Quraisy Makkah mula lemah dan merosot.  Orang yang ditawan oleh tenters Islam pula, apabila mereka balike ke Makkah setelah dilepaskan telah menceritakan kepada sahabat-sahabat dan keluarga tentang kebaikan orang Islam.  Cerita ini dengan tidak secar langsung telah member pertolongan yang besar kepada perkembangan agama Islam di Makkah.  Mereka yang selalunya menerima layanan buruk dari orang Quraisy secara diam telha berhijrah ke Madinah dan memeluk agama Islam.  Dengan ini tentera Islam bertambah dar masa ke masa.  Perang Badar telah memperkuatkan lagi kepercayaan orang Islam kepada nabi Muhammad S.A.W. dan ajaran Islam.  Mereka sanggup berkorban jiwa untuk kepentingan Baginda dan agama Islam
Kesimpulan
Pengajaran dari peperangan ini menunjukkan bahwa kaum Quraisy tidak bersatu padu.  Ini terbukti apabila ada beberapa puak yang menarik diri sebelum perang terjadi.  Dengan ini sebagai orang Islam kita harus bersatu demi untuk mencapai kemenangan.

Tuesday 10 April 2012

70 DOSA BESAR.......

  1. Syirik
  2. Membunuh Manusia
  3. Sihir
  4. Tinggal Sembahyang
  5. Tidak Mengeluarkan Zakat
  6. Tidak Berpuasa
  7. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan
  8. Derhaka Kepada Ibu Bapa
  9. Memutuskan Silatulrahim
  10. Berzina
  11. Homosex
  12. Memakan Riba
  13. Memakan Harta Anak Yatim
  14. Mendustakan Allah SWT dan Rasul
  15. Lari dari Medan Perang
  16. Sombong
  17. Saksi Palsu
  18. Meminum Arak
  19. Pemimpin Yang Penipu dan Kejam
  20. Berjudi
  21. Menuduh orang baik melakukan Zina
  22. Menipu harta rampasan Perang
  23. Mencuri
  24. Merompak
  25. Sumpah Palsu
  26. Berlaku Zalim
  27. Pemungut cukai yang Zalim
  28. Makan dari kekayaan yang Haram
  29. Bunuh Diri
  30. Berbohong
  31. Hakim yang Tidak adil
  32. Rasuah
  33. Wanita yang menyerupai Lelaki
  34. Tidak Cemburu
  35. Cina Buta
  36. Tidak Suci Hadas kecil
  37. RIAK Mempamerkan Diri
  38. Ulamak Dunia (jahat)
  39. Khianat
  40. Mengungkit-Ungkit Pemberian
  41. Mangingkari Takdir
  42. Mencari Kesalahan Orang lain
  43. Menabur Fitnah
  44. Mengutuk Umat Islam
  45. Mengingkari Janji
  46. Percaya Kepada Sihir dan Nujum
  47. Derhaka kepada Suami
  48. Gambar pada Baju
  49. Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala
  50. Mengganggu Orang lain
  51. Berbuat Zalim terhadap yang lemah
  52. Mengganggu Tetangga
  53. Menyakiti dan Memaki Orang Islam
  54. Derhaka kepada Hamba Allah SWT dan menggangap dirinya baik
  55. Melabuhkan Pakaian
  56. Lelaki yang memakai Sutera dan Emas
  57. Hamba Lari dari Tuan
  58. Sembelihan Untuk Selain Dari Allah SWT
  59. Menjadi Pak Sanggup
  60. Berdebat dan Bermusuh
  61. Enggan Memberi Kelebihan Air
  62. Mengurangkan Timbangan
  63. Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah SWT
  64. Putus Asa Dari Rahmat Allah SWT
  65. Meninggalkan Sembahyang Berjemaah
  66. Meninggalkan Sembahyang Jumaat
  67. Mengurangi Wasiat
  68. Menipu
  69. Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain
  70. Mencela Nabi dan Sahabat Baginda
Bertaubatlah kamu wahai insan.....

jangan ditambah kuantiti dosa tanpa menambah kuantiti pahala...pasti besar kemurkaan Allah...Nauzubillah Hi Minzalim....

Semoga kite semua tergolong ke dalam kalangan orang2 yang beriman dan bertaubat selalu....

 InsyaAllah....

Thursday 2 February 2012

Sahabat sejati....

Memang mudah untuk mengucapkan kata-kata, "kite kawan. " "saya suka kawan dengan awak". "kite jadi kawan nak ?"...dan macam-macam lagi...tapi untuk kotakan kata yang kita lafazkan untuk berkawan buikan mudah...tak semudah yang dikatakan...semuanya memerlukan pengorbanan yang tinggi...untuk menjadi sahabat yang baik bukannya mudah...
dan yang paling menyedihkan bila ada kawan yang hilang begitu saja tanpa khabar berita..pastinya kite tertnye2,,
"aku ada buat salah ke? kenapa dia senyap je?
kenapa itu? kenapa ini? " semuanya kita tanye...hmmm....
rasa serba salah...tapi kawan tersebut tetap mendiamkan diri,,,
dalam bersahabat...kite perlu telus..terus terang jika ada perselisihan faham..jalinan persahabatan tidak boleh diambil ringan...ianya perlu dijaga dengan baik,...bagaikan menatang minyak yang penuh...jangan sesekali mencemarinya....

sedanngakan Rasulullah sendiri sayang akan sahabat2 nya...cukup cinta akan sahabat2 nya...tapi mengapa tidak kita? rasa sayang...cinta...kasih pada seorang sahabat adalah satu perasaan yang murni...yang takkan mudah terbendung begitu saja...

oleh itu,,,sekadar pesanan,.,.sayangi sahabat2 kite...insyaAllah...kehidupan aman harmoni akan menjadi milik kite jua akhirnya...insyaAllah...Amin...

Saturday 7 January 2012

Akibat tak Menutup Aurat.....

Akibat tidak menutup aurat, dosa wanita buka aurat 2kali ganda bebanding lelaki yang tengok 1 kali ganda… 
Wanita yang tidak menutup aurat, 
khususnya ketika berada di luar, 
amatlah rugi. contohnya, seorang gadis tidak 
bertudung keluar pergi ke KLCC, di KLCC 
itu pula contohnya terdapat 3,000 
manusia yang bukan muhrim, setiap kali 
pandangan lelaki itu, wanita tersebut 
mendapat 'dosa 2 kali ganda' dari 
lelaki yang melihat (1 kali ganda), kerana 
wanita itu yang menyebabkan lelaki2 
tersebut tertarik untuk melihat, 
subhanallah, cuba bayangkan betapa 
banyaknya dosa kita, belum lagi 
dicampur dengan dosa2 kita yang lain seperti 
melawan cakap kedua ibu bapa, menipu, 
dan lain2. dalam hal lain pula, saya ambil contoh, 
terdapat wanita bermain internet, 
contohnya myspace atau friendster, dia 
menayangkan gambarnya yang tidak 
bertudung. Kemudian kita bayangkan pula 
berapa ramai kaum lelaki yang visit 
page kita, kalau dalam sehari ada 1000 
orang, cuba bayangkan pula jika hari2 mereka 
dan orang lain visit page kita dan 
melihat gambar kita tidak bertudung dan 
mendedahkan tubuh badan, lihatlah 
terlalu senang kita mengumpul dosa, apa 
yang sedihnya, walaupun kita berada di 
dalam rumah dan ketika itu kita sedang 
bersolat, dosa tidak berhenti2 berjalan 
atas kerana sekeping gambar kita'. 
fikir2kanlah. 
Neraka, Syurga itu wujud, Azab Allah 
itu wujud, kematian itu wujud, ujian Allah 
itu wujud. 

KENAPA WANITA ISLAM WAJIB MENUTUP AURAT? 
"Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka, supaya mereka lebih mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu." 


BAHAGIAN MANAKAH YANG BOLEH DIPERLIHATKAN? 

Rasulullah S.A.W telah bersabda: 
"Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan." (Hadis Riwayat Abu Daud). 

MUKA DAN TANGAN: Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullullah S.A.W dengan memakai pakaian yang nipis. Maka Rasulullah S.A.W pun bersabda, "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh, tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja." (Riwayat Muslim dan Bukhari) 

Di dalam Surah An Nisaa: Ayat 34, Allah S.W.T Berfirman: 
"Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita." 

Di dalam Surah Al-A'raf: ayat 26, Allah S.W.T Berfirman: 
"Hai anak keturunan Adam, Sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk perhiasan. Dan pakaian Taqwa itu adalah yang paling baik. 


MUKA DAN LEHER: "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan jangan menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliyah yang terdahulu." 

a) Bersolek (Make Up) 
b) Menurut Miqtil: "Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahiliyah" 


DADA: "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutup dada-dada mereka."

WANGIAN: "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata itu adalah zina." 

KAKI (Tumit Kaki): "Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan" (An Nur: 31) 

a) Menampakkan kaki. 
b) Menghayunkan/melenggokkan mengikut hentakan kaki. 



KEPADA SIAPA AURAT WANITA BOLEH DIPERLIHATKAN? 

"Dan janganlah memperlihatkan perhiasan mereka kecuali kepada suami-suami mereka, atau bapa-bapa mereka, atau bapa-bapa mentua mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka (anak tiri), atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita (rakan sejawat atau yang berkhidmat) dengan mereka, atau hamba sahaya mereka, atau orang-orang lelaki yang menjadi pengikut mereka yang tidak mempunyai syahwat (nafsu) kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum timbul berahinya apabila melihat aurat perempuan." (An Nur: 31)