Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday 7 January 2013

Tanggungjawab... Amanah...

Assalammualaikum... semua... :).... Alhamdulillah... feda berpeluang lagi untuk menulis blog ni setelah sekian lama menyepi.. bukannya apa... sebab agak sibuk dengan aktiviti seharian.

jadi dalam penulisan feda hari ni, jam 11.07mlm, feda nak share something tentang apa itu erti tanggungjawab.

jom sebut ramai2... T.A.N.G.G.U.N.G.J.A.W.A.B......

Macam senang kan, untuk disebut, tapi sedarkan kita semua, tanggungjawab itu sebenarnya mudah untuk dusanggupi...tetapi sukar untuk dijalankan.

sebagai contohnya, tanggungjawab sebagai seorang kakak kepada adik-adiknya. mungkin nampak mudah. nampak enteng. tapi ianya bukan mudah sebenarnya.

dan apakah hukumnya jika kita tak jalankan tanggungjawab kita dengan baik ??? hukumnya berdosa...

tanggungjawab juga boleh kita kaitkan dengan amanah. amanah ini juga mudah untuk kita sebut. bila tanya tentang amanah, semua orang tau. amanah wajib ditunaikan. kalau tak tunaikan, berdosa besar. tapi adakah kita pasti kita semua sentiasa jalankan amanah dan tanggungjawab yang telah digalaskan pada bahu kita ? Jawab... jangan tak jawab... ha, apa lagi, tepuk dada, tanya iman.

Allah SWT telah menegaskan dalam kitab suci al-Quran, surah al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud,

" dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan janganlah kamu membawa urusan harta itu kepada hakim supaya kamu dapat memakan sebahagian harta orang lain dengan jalan dosa, padahal kamu mengetahui. "

ayat tersebut mengertikatakan bahawa Allah menjelaskan kepada kita supaya jangan memakan harta orang lain dengan jalan yang salah atau batil. Hal ini kerana ianya adalah sikap negatif yang merosakkan masyarakat. Perbuatan tak amanah atau tak bertanggungjawab akan mengeruhkan keadaan lantas mendapat seksaan yang berat di akhirat kelak... Nauzubillah hi minzalim....

Jadi, sama2 lah kita renungkan,

nasihat saya di sini, sekiranya tanggungjawab itu telah sedia tergalas di bahu kita untuk di jalankan, jangan sekali2 kita meninggalkan nya... atau melalaikan diri dari menunaikannnya.,.,.

jika diberi amanah, tunaikanlah...
jika diberi tanggungjawab, tunaikanlah...

bersama kita muhasabah diri... insafi kesalahan yang telah kita lakukan... setiap orang ada tanggungjawab masing2.. termasuklah saya.. jadi tunaikanlah.,..

in shaa Allah... bersama-sama kita usahakan...

maafkan saya jika tersilap, sesungguhnya, saya masih lagi dalam proses untuk belajar. sekadar sekelumit ilmu untuk dimanfaatkan bersama... in shaa Allah,... :)






No comments:

Post a Comment