Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Tuesday 29 January 2013

SAHABAT....

Assalammualaikum.... sahabat2 sekalian... Alhamdulillah... Allah berikan fida kelapangan masa, kesihatan fizikal dan mental untuk melakar lagi nukilan simple di blog fida ni. untuk perkongsian ilmu bersama-sama rakan...

Alhamdulillah... entry kali ni, fida nak sentuh sikit tentang sahabat...

Fida yakin, semua orang ada kawan, kan ? betul tak ? kalau ada, angkat tangan cepat, fida nak kira, ramai ke tak,, hee...

sahabat ni, umpama lilin yang membakar diri. walaupun terbakar, tetap memberikan cahaya. tetap berusaha untuk menerangkan yang gelap. walaupun dirinya habis terbakar.

ramai antara kita tak sedar, erti sebenar SAHABAT. bila ditanya apa itu sahabat, kita akan kata, kawan. teman. orang yang ada bila kita susah dan senang. semua tu betul, tapi kurang tepat.

sahabat sebenar ialah orang yang tak pernah malu untuk mengaku kita kawan. walau dalam apa situasi sekalipun. sahabat sebenar ialah orang yang sentiasa mendoakan kita. sentiasa menasihati. menegur kita. memberi semangat di kala kita rasa lemah. mengajar kita apa itu erti persahabatan. dan yang paling penting, takkan mengkhianati erti sebuah persahabatan. walau sejauh mana pun terpisah, persahabatan takkan terputus...

persahabatan ini ibarat untaian tasbih... sentiasa di untai dengan kalimah suci... takkan ada penghujungnya.. dijaga dengan baik.. jangan sampai terlerai manik-maniknya.. andai kata terlerai.. usaha cantumkan kembali.. susun kembali... aturkan kembali.. supaya menjadi tasbih yang indah.. yang masih utuh untuk dibelai dengan kalimah ilahi... begitu indahnya persahabatan...

Fida yakin, mesty semua pernah dengar perkataan , " sedangkan lidah lagi tergigit ". dalam persahabatan.. mungkin akan berlaku salah faham. contohnya, kawan kita nasihatkan kita, tapi kita mula salah faham, anggap kawan kita perli kita, atau menyibuk hal kita. itu salah sama sekali. mereka yang menegur dan menasihat itu, tandanya mereka ambil berat tentang kita. sayang kita. dan tak nak kita terjerumus ke lembah kesilapan. Fida nak semua sedar, kawan yang menegur itu adalah lebih baik dari kawan yang hanya memuji kita dan memperkatakan hal yang tak baik di belakang kita. Nauzubillah hi minzalim... itu lebih menyakitkan...

Kat sini, Fida nak share, pengalaman Fida selama berkawan. First2 masuk UiTM Larkin, Johor, fida nervous sangat2,, sebab tak kenal sesiapa pun kat situ.. datang pun mak cik yang hantar,. cuma doa je dalam hati, mudahan Allah berikan sahabat yang baik. sebagai peneman aku belajar. sebagai pembakar semangat.

Then, bila jejakkan kaki kat uitm, fida rasa tenang. kawan2 pulak semuanya baik-baik. Alhamdulillah... semuanya banyak membantu. tak kiralah, dari segi kewangan, nasihat, sumbang idea..

ingat lagi, masa tu, darurat sangat, dah 7 hari tak makan, bila kawan2 tanya, dah makan ke belum, terpaksa bohong sunat, cakap dah makan. bukannya niat nak bohong, tapi tak nak menyusahkan mereka. lepas tu, pergi toilet, sebab nak persiapkan diri untuk solat, kwn2 datang bilik senyap2, tengok kat meja study, kosong, tak ada biskut atau roti ke apa, mereka turun ke cafe untuk belikan makanan,.., siap supply makanan tambahan lagi.. lepas mandi je, masuk bilik, semua makanan dah ada, mereka tunggu untuk makan sama2... mengalir air mata ni tak tertahan.. terharu dengan bantuan yang diberi... bismillah dimulakan, nasi disuap ke mulut, air mata tak henti mengalir...

dan yang paling tak dapat nak lupa, bila saat2 nak exam, kawan2 x putus2 bagi semangat kat fida, supaya terus bersemangat untuk belajar. lecturer2nya pun semua caring belaka. Especially Madam NFU,,, selalu bagi semangat n nasihat supaya fida tak pernah patah semangat untuk belajar, walapun banyak dugaan yang datang selama 3 tahun belajar. Madam pernah kata, tak apa, sekarang susah, in shaa Allah, Allah sebenarnya dah sediakan sesuatu yang baik dan istimewa untuk Fida kalau Fida sabar, jadi kepahitan itu perlu juga dirasakan...terima kasih puan,,, :)

time fida kena chicken pox dulu, kawan2 ramai yang care, bg mesej supaya banyak3 bersabar dengan dugaan Allah.. mereka tak kedekut ilmu untuk pinjamkan nota2 dan latihan yang telah dibincangkan di kelas..  dan yang terharunya, ramai yang datang melawat fida masa fida di kuarantin di rumah tamu uitm masa tu... thanks sahabat2... syukur, fida dikelilingi sahabat2 yang baik...

fida cuma yakin dengan janji Allah, sahabat yang baik, untuk orang yang baik juga. sama juga macam jodoh. jodoh yang baik, untuk insan yang baik juga. oopppss... dah lari topik pulak ni. masuk bab jodoh pulak.. Allah hu Akbar... hee...

jadi, kalau kita nak kawan yang baik, kita perlu ubah diri kita untuk jadi yang baik. in shaa Allah... Allah akan hantar hamba2Nya yang baik untuk berdamping dengan kita, untuk jadi sahabat sejati kita.

Kita semua contohilah persahabatan yang erat yang terjalin antara Rasulullah dengan para sahabat... mereka sentiasa bersama walau saat genting sekalipun... saling sayang menyayangi antara satu sama lain.. Contohnya, Sayyidina Abu Bakar as-siddiq, menemani Rasulullah SAW ketika nabi hendak berhijrah ke Madinah. menemani Rasulullah, berjalan hanya berdua sahaja dari Mekah ke Madinah kerana nabi telah dapat perintah dari Allah SWT untuk bertindak hijrah malam itu juga kerana nyawa baginda yang terancam.. nyawa sayyidina abu bakar juga tak mustahil dalam bahaya jika dia menemani Rasulullah SAW, tapi atas dasar cintakan islam, dan cintakan rasulullah dan persahabatan mereka, sayyidina Abu Bakar menemani Rasulullah... begitu sekali utuhnya persahabatan antara mereka berdua... subhanaAllah...

kita semua juga mampu untuk menjadi sahabat yang baik jika kita usahakannnya.. tak ada perkara yang mustahil di dunia ini...

jangan lupa, doakan kesejahteraan sahabat2 kita... kerana malaikat kiri kanan sentiasa mengaminkan setiap doa dan kata2 yang kita utarakan...

buat sahabat2 fida, fida doakan kalian semua diberkati Allah, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, diberikan kejayaan dalam setiap yang diusahakan, serta berjaya di dunia dan akhirat, in shaa Allah...

bersahabat hingga ke syurga Allah... in shaa Allah...Aamiin ya Allah...

akhir sekali, sebelum fida akhiri entry fida ni, nak mintak maaf lah ye.. if ada penulisan fida kat blog kali ini menyinggung mana2 pihak,, atau ada sebarang kesilapan, harap dimaafkan... dan diberi teguran jika perlu ye.,. fida sendiri masih lagi belajar untuk mengenali apa itu sahabat.. dan masih lagi berusaha untuk mengenali dan mengkaji hingga kini..

panjatkan kesyukuran pada ilahi kerana hadirkan dan hadiahkan kepada kita semua SAHABAT SEJATI.. syukur ya Allah... Alhamdulillah... :)

sekian, Fida minta diri dulu... Assalammualaikum... :)

2 comments: