Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Sunday 23 October 2011

Ayat Seribu Dinar....



Firman Allah SWT yang bermaksud :
{2}……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan 

suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan 
baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
{3} Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah),

 sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk 
menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala 
perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi 
berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk 

mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah mendapat menyelamatkan 
pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah 
dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah SWT, 
hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu. 
Di antara kelebihan dan fadhilat ayat seribu dinar ini ialah :
* Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.
* Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.
* Di baca ketika hendak menaiki kenderaan
* Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan 

dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi 
minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.



No comments:

Post a Comment